Dan Kami pasti akan menguji kamu dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa, dan buah-buahan. Dan sampaikanlah khabar gembira kepada orang-orang yang sabar, iaitu orang-orang yang apabila ditimpa musibah, mereka berkata Inna lillahi wa inna ilaihi raaji'un (sesungguhnya kami milik Allah dan kepadaNyalah kami kembali) (Al-Baqarah: 155-156)
mati itu pasti..kita semua akan kembali..pasti kembali..tapi bila dan di mana, bukan kerja kita..
namun seringkali hati dibuai dunia yang sementara..melupakan akhirat yang kekal selamanya..
mati itu pasti..jadi, ayuh kuatkan hati, utk terus mencari bekalan sebanyak-banyaknya utk dibawa pulang nanti..mari sediakan diri, agar kita sentiasa bersedia apabila dipanggil Dia nanti..didik hati untuk tidak lupa, bahawa mati itu tidak kenal masa, tapi Dia lah yang menentukan segala..kita hanya hamba..
hargai, sayangi insan disekeliling kita...namun harus disematkan dalam hati,mereka semua bukan milik kita..
tiada apa milik kita..tapi semuanya hanyalah pinjaman dari Allah..tiba masa harus diserah..
harus sedar, supaya kelak,jika tiba masa Allah mengambil kembali 'barangnya', kita tidak lupa hakikat takdirNya..
ayuh hargai dunia selayak cuma, kerana akhirat matlamat kita..jadikan dunia sebagai jambatan..utk kita mencapai syurgaNya..insya-Allah..
ANDAI DIA PERGI DULU SEBELUM MU…-Ustaz Pahrol Mohd Juoi
Andai dia pergi dulu sebelum mu, sepuhlah air mata dan teguhkanlah jiwa. Kita yang masih hidup perlu menyambung perjuangannya. Tidak mengapa bersedihlah seketika. Itu fitrah jiwa. Namun sederhanalah kerana esok kau mesti bangkit semula. Katakan pada diri, ya… kau telah pergi, pergi bersama doa ku. Kau tunggu di sana, pasti aku akan menyusul nanti!
Andai dia pergi dulu sebelum mu, tanyakan pada hati mu yang sebati dengan hatinya, apa yang dia inginkan jika dia masih di sisi? Renung wajah anak-anak mu, lontarkan fikir melampaui kesedihan. Anak-anak mu punya masa depan. Di tangan mu segala cita-cita dan harapan. Jangan sampai nestapa ini menjadi halangan. Apakah kau tega mengecewakan?
Andai dia pergi dulu sebelum mu, katakan pada diri, akan ku galas amanah ini. Sekiranya terpaksa bertongkat dagu pun, aku tidak akan lemas dipagut sendu. Berjuanglah, agar dia bisa senyum di Barzakh itu. Oleh nukilan doa anak yang soleh dan solehah. Kalau benar cinta itu setia, anak-anak itulah titiannya. Di jambangan munajat, di taman ibadat, tentu ada sungai pahala… yang mengalir selamanya..
Andai dia pergi dulu sebelum mu, walau pun dia tidak akan kembali lagi, tetapi itu akhir pertemuan. Dulu kita bertemu untuk berpisah. Kini kita berpisah untuk bertemu. Inilah jalan takwa yang telah dilalui oleh Siti Aishah, Siti Habshah, Ummu Salamah, Mariah Qibtiyah bila ditinggalkan Rasulullah. Syukur kau terpilih untuk melalui jalan mujahadah. Mujur kau ditakdirkan merasai mehnah Ilahi – tradisi hidup Ummahatul mukminin yang ditinggalkan suami!
Andai dia pergi dulu sebelum mu, sibuklah diri mu. Beribadahlah sehingga kau letih untuk merasa sedih. Gembirakanlah hati mu dengan menggembirakan orang lain. Carilah peluang kebajikan dan kebaikan yang bertaburan. Bila sesekali kesedihan datang tanpa diundang, berwuduk dan bacalah Al Quran. Dirikanlah solat, sesungguhnya solat itu satu kerehatan. Begitulah setiap kali Rasulullah SAW bila terasa gundah… diadukan kesedihan kepada Allah.
Andai dia pergi dulu sebelum mu, bisikan ke dalam hati mu yang paling dalam. Dia bukan milik ku. Dan aku pun bukan miliknya. Pemilik segala ialah Al Malik. DIAlah yang memiliki dan menguasai segala-galanya. Pada kita hanya amanah, sampai masanya terpaksa diserah. Jangan ada rasa dimiliki, dan jangan ada rasa memiliki. Bila terasa sepi, jangan katakan aku sepi… tapi katakan pada ku sentiasa ada pemerhati.
sebulan berlalu..moga arwah abah tenang disana dan dirahmatiNya..terima kasih Allah,kerana titipkan secebis kekuatan buat diri dan keluarga..moga hati kami tidak pernah berhenti merasakan kasih-sayang dan kebergantungan padaMu..
biarlah rindu ini menjadi tazkirah buat diri..tarbiyah buat hati..dan motivasi utk terus berjuang tanpa henti..saya sayang abah,dunia akhirat..
-Al-Fatihah buat arwah..
28 februari 2013
No comments:
Post a Comment