EROPAH… Bila sebut perkataan EROPAH, mesti terfikir sebuah negara yg penduduknya terdiri dari orang-orang barat shj. Tak terfikir langsung nak ambil tahu…tapi, jgn tertipu hanya pd nama…hakikatnya, di sinilah pernah terbinanya sebuah negara Islam terkuat di dunia.
Tariq bin Ziyad merupakan ketua tentera Islam kerajaan Umaiyah yang berjaya menakluki Semenanjung Iberia (Andalusia, Sepanyol). Pada waktu itu, kerajaan Umaiyah berada di bawah pemerintahan Khalifah Walid bin Abdul Malik.
Nama pejuang Islam ini begitu harum sehingga diabadikan pada sebuah semenanjung perbukitan berbatu karang setinggi 425 meter di pantai tenggara Sepanyol, iaitu Jabal Tariq.Istilah ini bererti Gunung Tariq, disebut juga Gibraltar. Ini merupakan nama sebuah semenanjung kecil yang terletak di pantai tenggara Sepanyol. Daerah ini disebut demikian sebagai penghargaan atas perjuangan dan keberanian Tariq bin Ziyad ketika menakluki Sepanyol pada tahun 711 M.
Merenung kembali kisah panglima ini dan para muhajidin ketika itu,ketika peperangan utk menakluk Andalusia..MasyaAllah,betapa mereka cintakan syahid dan bergantung hanya pada Allah..
“Apabila kamu berjuang menentang orang kafir maka pancunglah lehernya, sehingga kamu dapat membunuh mereka dengan banyak….”
Surah Muhammad : ayat 4
Panglima Tariq bin Ziyad menyuruh pembantunya, Panglima Amir mengumpulkan semua tentera Islam. Selepas semuanya berkumpul maka Panglima Tariq bin Ziyad pun berkata, “Tuhan sudah membuka pintu jihad di Andalusia. Saya perlukan 12 ribu mujahidin yang sanggup mati syahid.”
Mendengar kata-kata itu maka semua yang hadir berdiri sebagai menyatakan kesanggupan mereka dihantar ke Andalusia.
“Jumlah mereka terlalu ramai sedangkan kita memerlukan 12 ribu orang sahaja. Bagaimana cara hendak memilihnya?” tanya panglima Amir.
Panglima Tariq bin Zityad kelihatan berfikir sejenak. Kemudian dia pun berkata, Saya mahu memilih yang terbaik antara kamu.”
Kesemua tentera kita adalah yang terbaik. Mereka berpengalaman berperang dan sanggup mati syahid, “ bisik panglima Amir.
Kemudia Panglima Tariq bin Ziyad pun berkata, “Sesiapa antara kamu yang pernah meninggalkan sembahyang fardhu dipersilakan duduk”
Mendengarkan arahan itu maka separuh daripada tentera yang berdiri itu duduk sebagai mengaku mereka pernah meninggalkan sembahyang fardhu lima waktu.
Kemudian Panglima Tariq bin Ziyad berkata lagi, “Siapa diantara kamu yang pernah meninggalkan sembahyang sunat witir dipersilakan duduk[”
Maka separuh lagi antara tentera yang berdiri itu duduk. “Mereka adalah tentera terbaik yang saya maksudkan,” bisik Panglima Tariq bin Ziyad kepada Panglima Amir.
Pertempuran berhenti sejenak apabila malam melabuhkan tirainya. Tentera Islam yang masih keletihan kerana perjalanan yang jauh itu agak kucar kacir pertahanannya akibat digempur musuh. Tariq bin Ziyad segera mengatur strategi dalam usaha meniupkan kembali semangat juang pasukannya. Dia memerintahkan kapal-kapal kepunyaan mereka dibakar. Kemudian dia berkata;
“ Wahai saudara-saudaraku, di belakang kita laut, di depan kita musuh. Kita tidak boleh melarikan diri. Demi Allah, kita datang ke sini untuk syahid atau mencapai kemenangan.
Demi Allah, kalau kita berundur, lautan akan menenggelamkan kita. Kalau kita mara musuh sedang menanti. Kita tak memiliki apa-apa selain senjata di tangan. Seandainya kita tewas nama baik kita akan tercemar, Allah akan mencabut rasa gementar di hati musuh dan mereka akan berani terhadap kita. Sebaliknya Allah akan mencabut rasa berani di hati kita bertukar rasa takut terhadap musuh. Oleh kerana itu, pertahankan jiwa kalian.”
petikan dari novel
Taktik yang digunakan oleh Tariq itu ternyata amat berkesan. Akhirnya, pertempuran itu dimenangi oleh Tariq dan Raja Roderick sendiri tewas dalam pertempuran tersebut.Pasukan Islam tidak saja berhenti di Sepanyol, malah terus meluaskan empayar di negeri sekitar seperti Perancis. Kota Carcassone, Nimes, Bordeaux, Lyon, Poitou, Tours dan sebagainya jatuh ke tangan umat Islam.
Subhanallah...masih adakah lagi pemimpin berjiwa besar sprti ini? Kisah panglimaTariq ini terngiang2 di telinga,apabila kaki ini memijak bumi Andalusia. Bagaikan terdengar2 kata2 semangat yg dilontarkannya. Namun,sdikit trkilan krn tdk berkesempatan utk ke Jabal Tariq,btw,harap perkongsian ini bermakna buat kalian yg membaca=)
still to be continue...^_^

No comments:
Post a Comment